Quantcast
Channel: W. M'sia Ham Radio Station - 9M2ESM (EX-9W2ESM)
Viewing all 97 articles
Browse latest View live

Morse code scene - Interstellar

$
0
0

Pada mula bila saya tengok sekejap preview iklan filem Interstellar, saya ingatkan ianya merupakan cerita kisah angkasawan dan alam mistik di planet Marikh. Rupanya ianya merupakan cerita yang amat menarik untuk disaksikan oleh golongan akademik, keluarga, kanak-kanak mahupun peminat kod morse. Interstellar merupakan filem arahan Christopher Nolan dan dibintangi oleh Matthew McConaughey, Jessica Chastain, Anne Hathaway dan Wes Bentley. Interstellar atau bermaksud penerokaan ke bima sakti secara mudah merupakan filem yang mengesahkan seorang bapa petani (mempunyai latar belakang kejuruteraan) kepada dua orang anak yang menjadi salah satu krew bagi misi ke angkasa lepas bagi mendapatkan status projek Nasa berkaitan dengan keadaan planet lain di berlainan galaksi. Apa yang menarik ialah babak penggunaan kod morse yang dihantar oleh si bapa kepada anaknya apabila beliau terperangkap dalam satu dimensi akibat kemusnahan pesawat di lubang hitam angkasa lepas. Jangan lupa tonton filem ni dan boleh la bagi komen dibawah.







Charles W. Randall - VS3AB

$
0
0
Charles W. Randall atau daripada sumber yang lain (web MARTS) namanya ditulis A. N. Randall atau berdasarkan kad QSL yang dirujuk dari web http://lesnouvellesdx.free.fr/ nama beliau dieja sebagai Chas W. Randall merupakan seorang pengiat radio amatur yang terawal di Malaysia. Callsign beliau ialah VS3AB. Victor Sierra Three Alpha Bravo.

Apa yang menarik dan tidak keterlaluan yang boleh saya katakan, beliau merupakan pemegang lesen radio amatur yang terawal dari negeri Johor, barang kali yang pertama di negeri Johor. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1885 merupakan seorang warga British yang berkhidmat di tanah Melayu. Berdasarkan penyelidikan awal saya, berikut adalah turutan 7 callsign terawal (mungkin dikeluarkan secara turutan secara suffix AA, AB, AC, AD, AE, AF dan AG) yang digunakan di semenanjung tanah Melayu pada ketika itu berdasarkan tahun-tahun mereka aktif dan dapat direkodkan iaitu;
  • VS1AA/VS2AA Jim Macintosh.
    • Merupakan penyumbang kepada rekabentuk antena windom.
    • Juga pernah menggunakan VS2AF.
  • VS3AB Charles W. Randall (silent key November 1930).
    • VS1AB Sir R. E. Earl (Earle/Early) (dari 1932-1934).
    • VS2AB ke udara sejauh 10 batu bersama VS2AF di 56MHz pada 1932).
  • VS2AC/VS3AC T. G. Laver.
    • Seorang pengurus ladang getah di Johor Bahru.
    • Ahli seumur hidup South London Transmitting Society.
    • VS2AC juga pernah digunakan oleh Mr. Wylde dari Post and Telegraph Department of Malaya pada 1936.
  • VS1AD E. C. Yates.
    • An Australian Radio Engineer 1930s.
    • Pada 20 Jun 1934, akbar dari Ipoh telah menemuramah E. C. Yates dan beliau memberitahu bahawa A.L. Birch, Chief Electrical Engineer dari Johor merupakan individu yang bertanggungjawab membawa radio ke semenanjung Tanah Melayu pada 1921.
  • VS3AE Tunku Temenggung Ahmad Ibni Sultan Ibrahim
    • VS1AE (dicatat di majalah Radio January 1940 No.245).
    • VS2AE R.O. Williams (sekitar tahun 1938)
    • VS2AF G. M. Salt,
      • Pengurus Glenmarie Estate, Batu Tiga, Selangor.
    • VS2AG Reginald J. Bee.
      • Bertugas di Public Works Department, Kuala Kangsar, Perak.
    Mereka merupakan pelopor dan penguji siaran radio AM broadcast sebelum dapat digunakan secara khusus di tanah Melayu pada ketika itu. Bagi yang tidak mengetahui, prefix callsign yang digunakan di tanah Melayu sebelum perang dunia ke-2 ini dibahagikan mengikut kawasan iaitu, VS1 - Negeri-negeri Selat, VS2 - Negeri-negeri Melayu Bersekutu, VS3 - Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu manakala Sawarak menggunakan VS4, North Borneo (Sabah) menggunakan ZC5.

    Stesen radio amatur VS3AB adalah terletak di Amber Estate Johore (Johor Bahru) di mana beliau bertugas sebagai pengurus di ladang berkenaan. Tidak banyak maklumat diperolehi berkaitan dengan Amber Estate (Ladang Amber) ini kerana ladang ini wujud sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga pemegang Award (anugerah) WAC (Worked All Continent) yang pertama di Tanah Melayu (kini Malaysia) dari ARRL menurut sumbar web MARTS.

    Kad QSL milik Charles W. Randall hasil QSO pada tahun 1927 yang disimpan oleh VK3PJB, Callsign yang beliau gunakan ialah 3AB (mungkin JM3AB atau AM3AB). 
    Sumber : http://hamgallery.com/qsl/deleted/Malaya/3ab.htm. 

    Kad QSL milik VS3AB Chas W. Randall atau ex JM3AB bertarikh 26 Feb 1929. 
    Sumber : http://lesnouvellesdx.free.fr/.

    Berdasarkan kad QSL ini, berikut adalah perkakasan utama yang digunakan oleh beliau sewaktu berhubung menggunakan radio amatur. 

    Receiver (penerima) - Reinartz One Step Audio.
    Sumber : http://w2pa.net/HRH/spark-to-cw/.

    Transmitter (penghantar) : Hatley Ckt. Tube
    Sumber : http://home.comcast.net/~nwilson343/1924.htm.

    Radio yang digunakan oleh Charles W. Randall merupakan radio yang dibeli dari pemilik iaitu orang yang pertama membawa trasmitter (penghantar) ke tanah Melayu.
    Sumber : The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 14 June 1934.

    Keratan akbar lama menunjukkan Amber Estate terletak berhampiran dengan Senai dan kerap berlaku kegiatan jenayah. Sumber : The Courier-Mail (Brisbane, Qld) Friday 27 August 1948.

    VS3AB juga cukup rapat dengan kerabat diraja Johor dan pernah menjadi wakil khas bagi The Royal Colonial Institute (kini dipanggil sebagai Royal Commonwealth Society) dari kerajaan British untuk negeri Melaka bagi isu-isu pendidikan dan rangkaian pada tahun 1919.

    Sumber : The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 28 April 1919.

    Pada usia 45 tahun iaitu pada tahun 1930, VS3AB telah dijumpai mati dengan kesan tembakan di kepala beliau berserta sepucuk pistol berhampiran dengannya. Beberapa akhbar tempatan dari Singapura telah melaporkan tentang peristiwa ini. 

    Selain kerabat diraja Johor, turut dilaporkan R. E Earle VS1AB hadir diupacara pengkebumian beliau.  Sumber :  The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 14 November 1930.

    Sumber : The Straits Times, 13 November 1930.

    Dr Lee, 9M2GA

    $
    0
    0
    Pada hari raya ke-5 aidilfitri tahun ini, saya telah berkesempatan menemui Dr Lee 9M2GA pertama kali di kediaman beliau Jalan Mariam, Muar iaitu secara kebetulan selepas menziarahi Pak Kamal 9M2FX di QTH beliau Jalan Abdul Rahman, Muar. Sepanjang saya menceburi hobi radio amatur ini kali pertama saya menemui beliau walaupun tinggal sama daerah.

    Saya amat berbesar hati jumpa beliau memandangkan beliau orang lama dalam dunia amatur radio dan QTH beliau di Muar. Di Muar hanya tinggal tiga ham orang lama sahaja yang masih boleh ditemui (dua alphabet suffix) iaitu 9M2FX, 9M2GA dan 9M2DA. Selain itu, terdapat beberapa ham lama pernah menjadikan Muar sebagai ham base mereka iaitu 9M2JB (EX-VS3AB s.k), 9M2TR (s.k), 9M2GV (s.k), 9M2DW (s.k) dan 9M2WJ. Walaupun pertemuan ini singkat ianya cukup bermakna bagi saya. Menurut Dr Lee, beliau memperolehi lesen pada 1958 dan guru ham beliau ialah Dato Tan 9M2DW (s.k.). Beliau kini yang berusia 88 tahun mempunyai dua kereta lama yang mempunyai nombor flat 88. Beliau juga mempunyai pelbagai hobi-hobi lain selain radio amatur. Beliau yang masih sihat masih lagi berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan di klinik swasta di bandar Muar. Kini radio HF beliau sudah tidak lagi boleh berfungsi sepenuhnya walaupun antena HF mosley beliau masih kukuh di atas tower rumahnya. Ramai rakan-rakan ham rapat dengan beliau telahpun silent key katanya seperti 9M2FS dll. Beliau cukup ramah dan mengajak saya bersama Pak Kamal untuk ke rumah beliau bila kelapangan. Sekian.


    9M2GA Smile




    Hari Raya Celebration Organized by PBSM Muar + Muar Ham Radio Community

    $
    0
    0
    Tarikh : 31 Julai 2015
    Tempat : Muar Golf Club
    Special thanks to 9W2EDU for sponsor some of ham radio accessories.

     

    9W2NBX, SWL (baru lulus RAE), 9W2JMW

    SWL nora (baru lulus RAE), 9W2HJL

    9M2FX dan 9M2GA

    Kumpulan marhaban diketuai Dato' Mat

    9M2CLX, 9M2SUI, 9W2BIK

    9W6ACT dan his gf.

     
    9W2KHH dan 9W2EYR

    9M2ESM, 9M2GA, 9M2DA

    Persembahan bunga api.

    9W2BYX memenangi hadiah utama untuk rakan ham.

    9W2BYX selaku wakil Muar Ham Community

    9W2ZOB dan 9W2JJX

    Sesi bergambar rakan ham Muar.

    SWL Irfan (baru lulus RAE)

    9W6ACT bertuah dapat big lucky price.

    SWL Angah (baru lulus RAE) dan 9W2VWC

    SWL Haron, 9W2OBL, 9W2FYX, 9W2JMW

     9W2BGY dan XYL

     
    Temiang Band

    9W2ZWC dan XYL
      
    9W2POB dan 9W2NJB

    AH4

    $
    0
    0
    AH4 merupakan automatik tuner keluaran ICOM yang beroperasi untuk semua frekuensi HF serta 50 MHz dalam radio amatur. Tahniah bagi siapa yang telah memiliki barang ini.


    Berdasarkan pada rajah di atas yang diambil daripada manual AH4, satu kabel sepanjang melebihi 7 meter atau 23 kaki perlu diikat pada AH4 untuk membolehkannya ianya digunakan pada frekuensi dari 3.5 hingga 54 MHz. Manakala kuasa maksimum yang boleh digunakan pada AH4 ialah 120 Watt sahaja. Anda juga boleh menggunakan panjang tertentu untuk beropearasi pada frekuensi tertentu menggunakan rumus di atas tetapi rugi sebab anda boleh gunakannya pada keseluruhan band dengan menggunakan kepanjangan kabel yang disarankan iaitu melebihi 7 meter atau 23 kaki.




     Rajah di atas menunjukan bagaimana kedudukan antena dan penggunaan AH4 di base station mahupun dalam keadaan mobile. Jangan lupa untuk GROUND antena anda.


    Rajah di atas menunjukkan di mana cadangan cara GROUND AH4 dan jangan lupa balut connector anda mennggunakan rubber tape pada AH4. Kalau kita tengok review kat eham.net rata-rata bagi rating 5/5 dan pelbagai antena dia boleh tune, kuasa pemancaran sahaja 120 watt yang membatasi model ini. Sekian. Khas buat rakan ku zul 9W2MWZ.

    Video 1 : Menggunakan kabel sepanjang 42 meter.

    Video 2 : Menggunakan kabel sepanjang 15 meter pada ketinggian 4 meter dari tanah.

    9M4SG - Last Use for Contest Call

    $
    0
    0
    Pada minggu lepas iaitu 24 dan 25hb Oktober 2015, telah berlangsungnya CQWW SSB 2015 anjuran ahli-ahli dari WWROF atau World Wide Radio Operator Foundation di mana ahli-ahlinya terdiri daripada ham di seluruh dunia. Manakala dalam contest ini sponser utama ialah dari pada CQ Magazine dan hadiah berbentuk plaque kepada juara-juara utama di sumbang oleh banyak persatuan radio amatur diseluruh dunia. CQWW SSB merupakan antara radio contest yang paling popular dan dapat sambutan yang sering meningkat setiap tahun.

    Pada kesempatan ini juga, 9M4SG telah mengambil bahagian diketuai oleh 9M2MDX dan dibantu oleh 9M2YOT, 9M2ESM, 9W2BHB, 9W2JMW dan 9W2NKL bertempat di base 9M2MDX iaitu di Alor Gajah Melaka. Tahniah kepada semua terutama 9M2MDX. Kambing bakar itu malam memang terbaik. Kategori Multi Op dengan Single Transmitter di pilih. Saya sendiri hanya dapat membantu 9M4SG dalam tempoh kurang lebih 12 jam sahaja. Peralatan utama yang digunakan ialah FT450D bersama antena HB9CV dan antena 40m long wire.



    Rajah di atas adalah senarai peserta CQWW SSB 2015 dari kem Malaysia. Harapannya Malaysia dapat membawa plaque dari Ara Boys 9M2M. Kita punya old timer 9M6YBG nampaknya hanya hadir sebagai checklog iaitu pertama kali seumpamanya saya dapat lihat dalam radio contest dari kem Malaysia.

    Rajah di atas menunjukkan, pada contest kali ini contest log boleh disemak dan hantar secara online melalui web CQWW itu sendiri melalui page online check log atau cabrillo log check. Ianya sangat membantu dan amat digalakkan penggunaannya.


    Rajah menunjukkan 9M2YOT sedang menjalankan contest menggunakan 9M4SG yang mungkin merupakan contest terakhir untuk 9M4SG di mana beliau merupakan callsign manager untuk callsign ini. Terbaik boh.


    Saksikan siaran rakaman berita dari TV1 bagi contest stesen 9M2M yang disiar pada petang 25hb Okt 2015. Tahniah buat Ara Boys 9M2M.

    Muar Station 9M4PMC/9M4CMR in World Jota/Joti 2015

    $
    0
    0


    Pada 16, 17 dan 18 Oktober 2015 yang lalu, telah berlangsungnya World Jota/Joti 2015 yang berjalan serentak diseluruh dunia. Di Muar Johor, Persatuan Pengakap Daerah Muar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Muar bersama ahli-ahli radio amatur daerah Muar berjaya menganjurkan World Jota/Joti 2015 bertempat di Sek. Ren. Parit Bakar Tengah Muar Johor. Seramai 226 orang pelajar dari pasukan pengakap dan 25 orang pelajar dari pasukan badan berunifom lain telah menyertai perkhemahan ini dengan jayanya.

    Program Director : 9M2DA
    Stesen Master : 9M2ESM
    Stesen Manager : 9W2ZZS


    Pemasangan Antenna oleh Crew Radio Amatur Pasukan Kelana Komunikasi Negeri Johor.


    Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Johor mencuba peralatan radio menghubungi stesen JOTA di Sungai Besar Selangor dibantu oleh 9M2DA.


    Peserta program telah dapat menghubungi beberapa stesen JOTA di luar dan dalam negara. Para petugas yang yang terdiri daripada ahli-ahli HAM yang juga kumpulan Kelana Komunikasi Negeri Johor telah membantu dalam menjalankan dan melancarkan aktiviti ini diketuai oleh 9W2JMW.


    Aktiviti CQ JOTI telah didaftar di web www.jotajoti.info, dan kami memperoleh Jampuz JID 3MY35Q. JID (Jamboree ID) akan digunakan semasa aktiviti CQ JOTI untuk bertukar-tukar ID dan mengesahkan bahawa komunikasi telah dilakukan dengan jayanya. Aktiviti diketuai oleh 9W2ZZS.


    Perserta-perserta perkemahan telah berpeluang mengenali sebahagian huruf semaphore dimana semua kumpulan bergilir mempelajari tentang semaphore sepanjang 3 hari perkemahan jota ini berlangsung. Semua perserta diajar menerima dan memberi isyarat semaphore ini diketuai oleh 9W2FXY.


    Gambar menunjukkan para pelajar bertanyakan soalan tentang peralatan radio komunikasi dan fungsi-fungsinya. Setelah pelajar selesai berhubung di udara menggunakan radio, tandatangan diberikan di kad mereka sebagai tanda mereka telah menyempurnakan tugasan aktiviti di Stesen Simplex dimana aktiviti diketuai oleh 9W2VWC. 


    Peserta juga didedahkan dengan penggunaan morse keyer dan osilator serta banner berkaitan penggunaan sewaktu kecemasan. Peserta juga telah disediakan dengan alatan ringkas untuk menjalankan aktiviti di stesen ini. Aktiviti diakhiri dengan kuiz menjawab kod morse yang diwajibkan kepada setiap peserta diketuai oleh 9M2ESM.


    Peserta telah didedahkan tentang kod phonetic dengan sepenuhnya dan cara sebutan yang betul. Setiap peserta telah diminta untuk membuat ejaan nama masing-masing dengan menggunakan Alphabet Code ini dan pada permulaan digalakkan mengeja nama penuh dan kemudiannya di eja pula dalam bentuk nama yang ringkas. Aktiviti diketuai oleh 9W2OBL.


    Aktiviti Fox Hunting diadakan pada sebelah malam disertai 10 kumpulan yang terdiri daripada pelajar darjah 6 dan pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini diselaraskan oleh Pengarah Program iaitu En Den b Atan (9M2DA) dengan bantuan semua Ahli HAM yang mengambil bahagian  Program berjalan lancar dan peserta melahirkan rasa puas hati apabila dapat menyelesaikan tugasan dengan cara mencari dan memenuhi kad aktiviti fox Hunt tersebut.


    Aktiviti ini dijalankan dengan bantuan ahli pengakap yang mempunyai sijil CPR bagi menunjuk cara asas menjalankan bantuan kecemasan bantuan pernafasan mulut ke mulut. Model yang digunakan adalah peserta sendiri. Tunjuk cara dijalankan dengan diawasi oleh krew HAM yang sentiasa memantau aktiviti ini dari masa ke semasa.


    Sebanyak 11 unit antenna Yagi telah dapat disiapkan dan penggunaan antena tersebut telah dipraktikkan lagi dengan jayanya apabila aktiviti Fox Hunting telah menggunakan antena-antena tersebut. Peserta berasa amat puas hati kerana hasil usaha mempelajari untuk membuat dan kemudiannya hasil tersebut digunakan terus menunjukkan bahawa bukanlah satu kerugian untuk mengenali gelombang radio dan antena tetapi ia amat merupakan satu pengalaman yang paling berharga dan tidak dapat dibeli dari mana-mana ilmu dan pengalaman ini. Aktiviti diketuai oleh 9W2ZOB.


    Peserta telah diberi tunjuk ajar untuk membentuk wogel menggunakan tali serta digunakan untuk diri sendiri. Pelatih yang memberi tunjuk ajar adalah rakan ham yang baru (SWAL) En Fadhil b Abdullah. Sesi ini diiringi dengan riuh rendah peerta apabila berjaya menjalinkan tali membentuk wogel berkenaan. 


    Di antara hampir 300 peserta dan urusetia serta guru-guru yang menyertai Perkhemahan World JOTA/JOTI 2015.

    Ucapan terima kasih kepada semua rakan ham yang membantu teribat menjayakan aktiviti ini seperti 9W2MIE, 9W2GCJ, 9W2HJL, 9W2BYX, 9W2PEF, 9W2JJX, 9W2LMC, 9W2DAF, 9W6ACJ, 9W2EYR dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan iaitu 9W2MOA, 9W2MOO, 9W2MKZ, 9W2JBU, 9W2KHH dan 9W2ZWC.

    MDXC di 9M4PMC World Jota/Joti 2015

    2015 National Field Day : Muar Station 9M52JM

    $
    0
    0
    Pada 19hb September 2015 yang lalu, rakan-rakan radio amatur dari daerah Muar (+ Ledang) telah berjaya melaksanakan aktiviti Field Day dengan usahasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Muar dibawah Unit Komunikasi bersama dengan Mualed (Muar Ledang Amateur Radio Group) di bawah penganjuran MARL iaitu Malaysia Amateur Radio League.


    Callsign : 9M52MM
    Stesen Master : 9M2ESM
    Stesen Manager : 9W2VWC dan 9W2JMW
    Lokasi : Taman Rekreasi Tanjung Emas, Muar, Johor

    Menyingkap kembali pada era tahun 80an, Arwah Dato Tan 9M2DW beberapa kali telah menjalankan aktiviti Field Day ini dibantu oleh 9M2DA dan 9M2WJ yang mana pada ketika itu masih lagi SWL. Kini giliran kami menyambung batu asas yang telah dibina. Saya percaya keseluruhan ham yang ada di Muar jika dicari salur galur guru kepada guru-guru radio amatur, maka akan bertemu puncanya dari 9M2DW. Callsign melalui prefix 9M52 ini merupakan callsign khas sempena menyambut sambutan Hari Malaysia ke 52 dan callsign penuh yang diberikan ialah 9M52JM. Matlamat aktiviti yang kami jalankan ialah, 
    1. Memasang set peralatan HF dan VHF melalui sistem janaan generator dan bateri.
    2. Mempelajari cara komunikasi di HF terutama di 40m.
    3. Menjalankan acara komunikasi 2m net di 9M4RMR
    4. Menguji set peralatan komunikasi BSMM-CM Unit Komunikasi.
    5. Berkumpul dan berkongsi ilmu berkaitan dengan radio amatur sesama peminat radio amatur.
    Secara keseluruhan program yang dirancang telah mencapai matlamat iaitu bermula dari jam 3.00 petang dan tamat pada 1.00 pagi. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada BBSM-CM kerana memberikan sokongan padu kepada program ini terutama kepada Dato Hj Muhammad (Pengerusi BBSM-CM) atas kehadiran, wakil Mualed iaitu saudara Ijan 9W2BYX (juga merangkap pengurus JASRA daerah Muar), pihak MARL diwakili 9W2JOH atas pemberian callsign, Pak Kamal 9M2FX dan seluruh rakan2 ham dari Muar/Ledang yang hadir juga kepada sahabat dari kawasan berjiranan yang turut hadir dan rakan-rakan SWL.

    Berikut ada senarai rakan ham yang hadir: 9M2FX, 9M2ESM, 9W2VWC, 9W2JMW, 9W2IYN, 9W2ZWC, 9W2EYR, 9W2TJY, 9W6ACT, 9W2LMC, 9W2BGY, 9W2FYX, 9W2BYX, 9W2POB, 9W2WXX, 9W2HJL, 9W2KHH, 9W2JJX dan 9W2PEF. Termasuk tetamu-tetamu kita yang hadir memeriahkan program iaitu 9W2EJT, 9W2ZEF, 9W2VPZ, 9W2USM, 9W2ESU 9W2MHW dan 9W2JCG.

    Rajah diatas adalah senarai stesen Field Day yang turut serta dalam aktiviti ini yang berjalan secara serentak di seluruh negara.


    Pemasangan antena HF dan VHF

    Pemasangan peralatan radio amatur.

    9M2FX tandatangan borang callsign untuk rakan yang baru lulus.

    Kunjungan rakan-rakan Selangor (asal Muar).

    9W2FXY mengoperasikan HF.

    Kehadiran 9W2EJT dilokasi.

    9W2VWC membuat sesi penerangan pada orang awam.

    9W2VWC membuat penerangan peralatan radio amatur pada orang awam.


    **Gambar ihsan dari Saudara Raja Muhammad Syafiq (SWL) dari BBSM-CM

    Journey to ARRL FCC Exam : Part 1

    $
    0
    0
    Pada 14hb November ini akan diakan peperiksaan ARRL FCC Exam yang akan berlangsung di Arau Perlis. Pasukan VE dari Thailand akan turun mengadakan peperiksaan diketuai oleh Champ E21EIC dan dibantu oleh 9M2GET selaku tuan rumah. Berikut adalah beberapa slide soalan yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama semasa saya menjawap soalan latihan persediaan secara online di internet.
























    #IMDX 2015. A Malaysian DX'er Gathering Event 2015

    $
    0
    0

    Pada 12hb September 2015 yang lalu, telah berlangsungnya IMDX atau Inaugural Malaysia DXers Weekend 2015 yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan oleh satu kumpulan ham radio dipanggil AMRAN atau Angkatan Muda Radio Amatur Negara. 

    Gambar diatas diedit dari sumber http://imdx2015.blogspot.my/


    MDXC di IMDX 2015

    Kalau ikut pada jadual program ianya bermula pada 11hb September, disebabkan ada tugasan luar saya hanya sampai ke lokasi pada 12hb September dan pulang pada keesokan harinya. Pada sesi pagi, program bermula pada lebih kurang jam 10.30 pagi dimulai dengan ucapan pembukaan oleh 9M2IR iaitu Marts President. Kemudian beberapa sesi penyampaian sijil dilakukan pada sukarelawan untuk program-program yang lepas. Kemudian sesi pembentangan dimulakan sehingga waktu petang. Disamping sesi pembentangan terdapat booth jualan dan pemeran diadakan terdiri daripada pihak Tacticom oleh 9M2ZC, Flea Market oleh team 9M2RZL, team pengakap Sungai Besar oleh 9W2VVH dan sesi jualan dan komunikasi di HF dari KLDX oleh 9M2OOO bersama 9M2PJU. Anda boleh open link blog ini untuk kisah selanjutnya - 9W2DYABagi saya ramai DXer yang hadir pada program ini dari pelbagai negeri termasuk dari Perlis dan Kelantan. Ada yang saya kenal dan majoriti tidak saya kenali dan alhamdulillah dapat mengeratkan silaturahim bersama. Buat pertama kali saya dapat bersalaman dan berjumpa dengan 9M2ART, 9M2CIO dan 9M2LMF.

    Pada malam hari, sesi cabutan bertuah dijalankan bersama makan malam bersama 2 ekor kambing bakar yang disediakan. Selain itu aktiviti pertandingan penerimaan kod morse dijalankan dan dimenangi oleh rakan dari KL. Hadiah khas berbantuk balun sumbangan 9M2RMT diberikan kepada 9W2BUG kerana memeriahkan hashtag imdx (#imdx) di FB. Cabutan bertuah khas berbentuk antena VHF dan 10m HF telah diperolehi oleh 9W2VVH dan 9W2FNN. Pagi sesi lewat pagi kelihatan 9W2VVH menyertai pertandingan radio contest di booth KLDX. Tahniah buat penganjur terutama Rabin 9W2PD selaku tuan rumah. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat pada semua. Mungkin akan datang sesi suai kenal sesama DXer secara dua hala dan berkumpulan boleh dilakukan bersama bengkel-bengkel berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti DXing. Thumb up! Great Event! first ever event for DXer gathering. Sekian dahulu 73.

    **Gambar dibawah diambil dari FB #AMRAN atas sumbangan ihsan 9W2BUG.






























    Advertise Your Portable DX Operation

    $
    0
    0
    Dalam dunia cyber, kini pelbagai cara pengiklanan maya boleh dilakukan bagi menghebahkan operasi DX'ing kita selain dari media konvenstional. Langkah mudah ialah dengan mengemaskini profil callsign yang kita bakal operasi di qrz.com. Walaupun terdapat banyak lagi web database callsign yang sedang dibangunkan, laman web qrz.com cukup popular dan telah cecah jutaan orang pengguna. Jadi, apa yang perlu dalam kita mengemaskini callsign di qrz.com supaya ianya memberi kesan penyampaian kepada pembacanya ? antaranya ialah :
    1. Pastikan tertulis alamat lokasi program dan persatuan/group yang menganjurkannya.
    2. Sebaiknya, lebih menarik kalau direka satu logo khas program, janji ada dan kalau cantik ianya bonus untuk tuan-tuan. Logo ni banyak fungsi, boleh buat/tampal/letak pada baju, key chain, banner, sijil, dan paling utama kad qsl selain diletakkan pada qrz.com.
    3. Jangan lupa maklumkan cara anda menguruskan kad qsl. Kalau program anda memang tak mampu sediakan kad, just maklumkan kat situ agar pihak luar sana tak bazir kertas dan setem pos pada kita hihi. Tak jadi kesalahan kalau tak menyediakan qsl kad, tapi maklumkan aja yang anda tak berminat. Qsl kad ni dah jadi sebahagian dari aktiviti dalam radio amatur sejak dulu lagi, jadi kita tidak boleh salahkan aktiviti ini.
    4. Pada bahagian 'Biografi', jangan lupa hebahkan maklumat operasi dx'ing yang anda lakukan seperti tarikh, lokasi, operator dan frekuensi operasi. Sebaiknya letak sedikit gambar dan penceritaan.
    5. Pada bahagian 'Detail', jangan lupa penuhkan maklumat yang ada dengan sebaiknya, terutama koordinat lokasi dx'ing.
    Jadi, apa tujuan hebahan ni, kita dapat:
    1. Sampaikan message tersirat dalam program dxing yang kita jalankan seperti memperkenalkan lokasi dan lain-lain.
    2. Memaklumkan kepada pengiat dx'er tegar di luar sana supaya support dan stand-by untuk membalas panggilan kita di frekuensi. Jadi tak le orang kata kita dengar bunyi hujan je dalam radio (radio hf) sunyi tak ada orang dan salahkan propagasi tak membuka hihi.
    3. Dapat menggalakan rakan-rakan baru turut serta menjayakan program ni. Cantek! 


    Wokey! mudah kan? hihi

    Selain daripada qrz.com, kita juga boleh hebahkan aktiviti dx'ing kita pada web-web seperti dibawah ni:
    1. http://www.ng3k.com/misc/adxo.html - mudah dan ringkas dengan mengisi ruangan yang disediakan dan akan direview oleh auditor web berkenaan.
    2. http://www.425dxn.org/ - send email pada marioi2mqp@alice.it iaitu yang menguruskan dx info dan majalah mereka.
    3. http://www.dx-world.net/ - send maklumat operasi anda di bahagian 'contact us'.
    4. http://dxnews.com/ - hantar email maklumat operasi anda melalui email pada info@at-communication.com.
    5. http://www.dailydx.com/ - hantar email maklumat operasi anda melalui email pada bernie@dailydx.com.
    6. http://www.dxcoffee.com/eng/ - send maklumat operasi anda di bahagian 'contact'.
    7. Facebook https://www.facebook.com/DX-News-228078994032860/
    8. Mungkin banyak lagi web-web yang saya terlepas pandang seperti dx summit dan lain-lain lagi.
    Selamat berDX'ing. 73. Cherio.

    Zanzibar

    $
    0
    0
    Pada peminat hobi komunikasi jarak jauh atau DX'ing dalam radio amatur sudah pasti biasa mendengar phonetic code ini. Eh.. ada ker? Yaa ... ada, tapi ianya bukanlah phonetic code yang rasmi (official). Ianya merupakan phonetic code yang digunakan secara tidak rasmi sebelum WW2 lagi. Gambar Phonetic Code yang rasmi ada dibawah dan cerita tentang Zanzibar akan saya kupas dibawah nanti.




    Phonetic and Morse Code Chart by Jaime AA. Sanchez and edited by Richard G. Clegg



    Tetapi kenapa perlu phonetic code ini digunakan? Ianya sebenarnya digunakan bagi pengesanan sesuatu abjad dengan tepat sewaktu komunikasi dan ianya cukup bermakna dalam radio amatur semasa komunikasi pada gelombang HF dengan mode SSB/Phone. Dalam mode ini penerimaan isyarat adalah mencabar diiringi bersama dengan noise level yang kadang2 tinggi dan ditambah kekuatan isyarat yang lemah. Fungsi dan peranan phonetic code ini cukup membantu sewaktu komunikasi pada situasi berkenaan. Persoalan: Misalannya jika phonetic code diatas juga tidak dapat didengar oleh stesen yang dihubung, jadi macam mana pula? Mungkin ada yang QSY, option lain ialah datanglah phonetic code yang tidak rasmi ini terdengar dicorong radio antaranya ialah perkataan Zanzibar yang merujuk kepada huruf Z. Sewaktu pertama kali saya mendengar istilah ini saya agak kekok sewaktu di HF. Yalah orang baru ketika itu dan setelah diamati rupanya beliau ingin menyebut huruf 'Z' kerana perkataan Zulu sukar didengar oleh saya. Ada juga yang memanggil CQ di frequency dengan phonetic code rasmi dan diikuti dengan phonetic code yang lain seperti Papa Yellow Seven Zanzibar Zanzibar. Mari kita lihat phonetic-phonetic code yang tak rasmi ini.


    Radiotelegraph & Radiotelephone Codes, Prowords and Abbreviations
    By John W Alcorn VK2JWA


    Ejaan phonetic kod ini secara antarabangsa mula diperkenalkan pada tahun 1927 dan kemudian beberapa kali disemak sehinggalah secara rasminya ditetapkan pada tahun 1951 untuk kegunaan penerbangan awam dan tidak terpakai untuk sebarang komunikasi ketenteraan. Phonetic code rasmi ini juga dikenali dengan nama International Radiotelephony Spelling Alphabet, atau ICAO phonetic alphabet, atau NATO alphabet atau phonetic alphabet, yang kini secara luas digunakan dalam kegunaan radio komunikasi terutama pada radio amatur.

    Berbalik kepada Zanzibar, pastinya ramai yang kurang tahu apakah Zanzibar ini. Ianya merupakan wilayah Semi-Autonomi yang terletak di negara Tanzania. Zanzibar merupakah kepulauan yang pernah dijajah oleh British sehingga tahun 1963 dan juga pernah mempunyai pemerintahan kerajaan Beraja dibawah Kesultanan Zanzibar. Wilayah Zanzibar terdiri daripada dua pulau besar iaitu Pulau Pemba dan Pulau Zanzibar yang terletak di Lautan Hindi. Wilayah Zanzibar mempunyai penduduk seramai 1.3 juta (tahun 2012 sumber Wikipedia) dan mempunyai banyak lokasi-lokasi peranginan yang cantik serta kesan peninggalan sejarah dunia yang kini menjadi disenarai sebagai salah satu tapak sejarah dunia (World Heritage Site) di bandar Stone Town.









    Wilayah Zanzibar dahulunya mempunyai callsign sendiri sebagai salah satu entiti DXCC dibawah prefix VQ1 dan kini callsign bagi operasi radio amatur disana dibawah kerajaan Negara Tanzania dengan prefix khas 5H1. Untuk pengetrahuan semua Tanzania merupakan DXCC yang sukar diperolehi bagi pengejar diluar sana. Ingin memancar di Zanzibar? Hubungi:

    TANZANIA AMATEUR RADIO CLUB (TARC)
    Chairperson: Ms Elizabeth Majori 
    Secretary: Osmund Kipengele 5H3OKN
    +255 715019288
    +255 222 736607340
    Link borang: Klik disini (sementara masih ada)


    Sumber : DX News Zanzibar Unguja Island 5H1XX QSL


    FAQ Lighthouse & Amateur Radio

    $
    0
    0
    Apakah aktiviti radio amatur yang sering dikaitkan dengan rumah api?

    Hampir sama seperti Iota (Island on The Air), Sota (Summit on The Air) dan beberapa lagi konsep aktiviti yang hampir serupa, dimana ianya salah satu konsep aktiviti yang melibatkan aktiviti komunikasi radio amatur di tempat atau lokasi unik. Bagi aktiviti radio amatur di rumah api, aktivitinya tidak terikat pada aktiviti tertentu dan terpulang kepada pengiat radio yang menentukannya. Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah DX’ing (komunikasi jarak jauh), field day, gathering dan lain-lain lagi. Ada sesetengah aktiviti yang saya perhatikan diluar sana ianya lebih santai seperti terdapat barbecue dan gathering bersama2 keluarga. Ada juga yang menjalankan aktiviti serius DX’ing yang mungkin kebetulan dijalankan serentak dengan DXpedition dan Iota. Boleh jalan serentak? Boleh, dan ramai di negara luar sana lakukan. Mungkin aktiviti pameran dan ham radio games sport seperti fox hunt juga boleh dilakukan.



    Kenapa rumah api ?


    Seperti kumpulan-kumpulan pencinta alam yang melakukan program WWFF (Worldwide Flora and Fauna) bersama radio amatur (lihat http://wwff.co/). Terdapat ramai pengiat radio amatur diluar sana terutama dari negara lain yang meminati dan ingin menambah pengetahuan berkaitan dengan lokasi-lokasi rumah api ni. Ianya mungkin berasaskan minat kepada sejarah, kesenian sturktur bangunan dan tidak kurangnya memilih lokasi rumah api ini kerana window komunikasi yang baik boleh dijalankan dilokasi rumah api. Ada juga pengiat radio amatur diluar sana juga yang suka menyimpan koleksi kad QSL dari callsign rumah api ini kerana kad QSL berkenaan memaparkan gambar dan penerangan ringkas berkaitan dengan rumah api. Ianya juga boleh memberi kesedaran kepada orang awam akan kepentingan dan pemuliharaan rumah api ini.


    Siapakah yang boleh memasuki dan beraktiviti di rumah api?

    Tidak semua rumah api boleh dimasuki oleh orang awam terutama di Malaysia amnya. Terdapat juga rumah api yang dibuka untuk para pelancong. Hampir semua rumah api di Malaysia diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia dan sudah pasti untuk sesetengah lokasi rumah api tertentu ianya memerlukan kelulusan bertulis dari mereka bersama senarai individu-individu yang terlibat. Apa yang saya perhatikan terdapat juga rumah api tinggalan (tidak aktif) juga dijadikan sebagai lokasi aktiviti radio amatur di luar sana. Seperti di Orleans County Marine Park di USA, rumah api yang terdapat disitu tidak lagi digunakan dan dijadikan lokasi perlancongan dan juga aktiviti radio amatur rumah api (lihat https://orleanshub.com/lighthouse-ham-radio-operators-ready-for-big-weekend/)


    Adakah ada tarikh dan masa tertentu untuk aktiviti radio amatur di rumah api?

    Tidak ada. Terpulang pada anda yang menentukan dan memilihnya. Walau bagaimanapun terdapat satu program yang dipanggil sebagai ILLW atau International Lighthouse and Lightship Weekend (https://illw.net) yang cukup sinonim dengan program rumah api. Program ini dilaksanakan secara tahunan pada setiap hujung minggu (minggu ke-3) pada bulan Ogos. Antara kelebihan menyertai ILLW ialah ianya disertai orang ramai peminat aktiviti komunikasi radio amatur di rumah api di seluruh dunia. Sebaiknya sewaktu komunikasi dapatkan seberapa banyak mungkin callsign rumah api yang beroperasi pada ketika itu berserta dengan laporan isyarat. Barangkali jika berlaku bencana, lokasi rumah api ni boleh digunakan bagi lokasi komunikasi kecemasan serantau mahupun antarabangsa, siapa tahu. Sebaiknya buat lah pada hujung minggu sebagai aktiviti senggang selepas berkerja sepanjang minggu. Jika anda ingin komunikasi jarak jauh atau DXing pada gelombang HF, cuba bermalam dan hunting yang banyak boleh bermula awal petang hingga awal pagi. Anda boleh dapatkan nasihat kaki DXer bagi masa yang sesuai. 



    Selain ILLW apa lagi tak program rumah api yang berkaitan dengan radio amatur?


    Ada. Iaitu WLOTA atau World Lightouse on The Air (http://www.wlota.com/). WLOTA boleh dilaksanakan sesiapa dan tiada specific tarikh dan masa. WLOTA ini dilaksanakan di rumah api yang terletak di pulau dan WLOTA menggalakkan peserta untuk beroperasi di lokasi yang sukar dan mencabar untuk komunikasi radio amatur. WLOTA juga ada menawarkan award (sijil penghargaan) kepada ekpidisi WLOTA yang terpilih dan perlu menjadi ahli WLOTA bagi memperolehi award berkenaan. Selain itu, terdapat persatuan iaitu ARLHS atau Amateur Radio Lighthouse Society (http://arlhs.com/) yang mengetengahkan dan menggalakkan aktiviti radio amatur di rumah api. ARLHS menyediakan ruangan web untuk pengiat radio amatur berkongsi maklumat dan hebahan berkaitan dengan aktiviti radio amatur di rumah api. Untuk WLOTA dan ARLHS ianya mempunyai senarai nombor rujukan rumah api yang anda boleh lihat di laman web WLOTA dan ARLHS. Nombor-nombor akan dijadikan rujukan oleh peminat rumah api diluar dan kita boleh bawa bersama logo program dan no id lokasi untuk diletakkan pada QRZ.com, pada kad QSL juga pada paparan atau cetakkan lain. Seperti biasa, maklumkan dahulu activation anda pada pengurus WLOTA dan ARLHS secara email dan kebenaran pengguaan logo di kad dan lain2. Siapa sangka dengan paparan no WLOTA dan no ARLHS ni, ada pengumpul kad QSL diluar sana yang akan mohon meminta kad anda. "
    Kill two birds with one stone".. fikir-fikirkan.


    Ada tak ham radio award yang boleh diperolehi dari aktiviti di rumah api?

    Ada iaitu dari WLOTA, ARLHS dan dari Ayan DX Team. Maklumat lanjut boleh open dan cari di  http://www.dxawards.com/ dan http://www.wlota.com/.


    Apakah frekuensi yang akan digunakan untuk aktiviti di rumah api?

    Semestinya merujuk kepada AA lesen callsign radio amatur yang akan anda gunakan sewaktu di rumah api nanti. Jika callsign yang akan digunakan adalah callsign kelas A ianya memerlukan station master berada bersama (pemegang lesen kelas A) untuk menggunakan callsign berkenaan. Tujuan stesen master ini ialah bagi memastikan perjalanan dan perkara teknikal berkaitan dengan SOP sewaktu komunikasi berjalan dengan baik. Sebaik-baik callsign adalah callsign event khas yang dipohon melalui SKMM. SKMM juga perlu mengetahui program yang akan dijalankan. Rujuk SKMM bagi permohon callsign event khas. Jika renyah atau sukar, gunakan sahaja callsign individu dan jangan lupa mention ‘Portable’ pada hujung callsign bagi memberi tahu yang anda sedang beroperasi secara portable. Berbalik dengan frekuensi tadi, sebenarnya tiada frekuensi khas untuk komunikasi radio amatur di rumah api. U
    ntuk mendapatkan secara detail berkaitan dengan frekuensi panggilan bagi komunikasi radio amatur terutama pada band HF, anda boleh rujuk guideline SKMM atau rakan elmers yang berkemahiran berkaitan dengan HF. Option lain, ada boleh rujuk IARU Region 3 bandplan dan jika ingin lebih specific seperti calling frekuensi anda boleh rujuk rakan elmer atau lihat pada web-web sumbangan rakan luar seperti di http://www.kf4l.org/. ARLHS ada menyenaraikan cadangan frekeunsi-frekuensi yang boleh digunakan sepanjang komunikasi iaitu:
    80m - CW: 3530 kHz, Phone: 3970 kHz.
    40m - CW: 7030 kHz, Phone: 7270 kHz.
    20m - CW: 14030 kHz, Phone: 14270 kHz
    15m - CW: 21030 kHz, Phone: 21370 kHz
    10m - CW: 28030 kHz, Phone: 28370 kHz


    Apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk ke program radio amatur di rumah api?


    Paling penting adalah surat kebenaran dan makluman keselamatan pada agensi berkaitan. Jika lokasi berkenaan remote jauh, boleh juga mohon untuk insuran berkelompok jika yang perginya ramai (bukan wajib). Jadi sebelum nak jadikannya kepada surat sudah pasti anda dah final tentang perkara-perkara berikut iaitu tarikh, tentatif, bidang tugas, cuti-cuti kerja dah clear, bilangan operator dan lain2 yang dirasakan perlu. Kemudian aspek lain adalah tinjauan lokasi. Tinjauan lokasi ini untuk memastikan perkara berikut iaitu lokasi antena dan lokasi operasi serta lokasi aktiviti. Antara lain ialah sumber air, elektrik dan tandas. Jika bermalam, kenalpasti lokasi tidurnya dan jika tempat berkenaan tak ada kedai atau warung seperti remote pulau .. haa jangan lupa barang2 masak. Barang2 radio dan antena juga penting. Barang2 tool untuk baikpulih juga kena standby. Antara lain katil portable, ubat nyamuk (jika banyak nyamuk), kit ringkas perubatan, capaian liputan selular disemak, pakaian persalinan dan ada beberapa lagi perkara mungkin saya terlepas pandang. Jika buat banner atau bunting bagus juga, boleh buat sesi bergambar kenang-kenangan sebelum bersurai. Kalau ada orang awam yang akan hadir, buatkan pamplet sikit. Komputer dibawa kalau nak catat log pada N1MM atau bawa kertas isi manual pun tak ada hal. Masa nak balik tu pastikan tempat dibersihkan ya, jangan cemarkan imej radio amatur terutama matlamat kita untuk menjaga pemuliharaan rumah api hihi.


    Bagaimana aktiviti ini bermula di Malaysia?


    Seperti di luar sana ILLW sendiri bermula lewat iaitu pada tahun 1998. Di Malaysia, Mares mempelopori aktiviti ini iaitu pada tahun 2008 sempena ILLW bertempat di Rumah Api Tanjung Tuan Melaka atau Cape Rachado. Ramai yang turut serta menjayakan aktiviti ini. Ringkasan peristiwa boleh buka link ini http://9m2rdx.blogspot.my/2008/08/9m4cme-cape-rachado-illw-2008.html. Arwah 9M2RDX merupakan orang yang sinonim dengan aktiviti rumah api ni. Selain itu MARTS dan MARL juga sering menjalankan aktiviti radio amatur dirumah api. Selain itu terdapat persatuan-persatuan peringkat negeri juga yang aktif menjalankan program rumah api seperi di Pulau Pinang, Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan beberapa negeri lagi.

    Sekadar perkongsian. Sebarang penambahan dan cadangan boleh hubungi admin.

    FCC@PMM 17FEB2018: Congratulation To All

    $
    0
    0

    Pada 17hb Febuari 2018 tempoh hari VEC Malaysia bersama MDXC telah berjaya menganjurkan FCC ARRL Exam dengan jayanya. Seramai 15 rakan telah menghadiri peperiksaan ini iaitu, 9W2MLW, 9W2VWT, 9W2EJT, 9W2USM, 9M2ZAK, 9M2MDX, 9W2ZOW, 9M2ESM, 9W2GFA, 9W2JMW, 9M2KEV, 9W2MWZ, 9W2DOU, 9W2NKL dan 9W2SYJ dan seramai 5 orang VE daripada Malaysia hadir untuk peperiksaan kali ini iaitu, 9M2NOH/N0HMK, 9M2TPT/KT2O, 9M2KRZ/KK4NBH, 9M2PRO/N1PRO dan 9W2RUB/W9HA.

    FCC@PMM concluded with new records for MY VE. Overall results: 15 candidates, 7 Extras, 2 Gen, 3 Tech and 3 no upgrade. 3 completed ONE-Day Extra. Congratulations to all candidates and thank you VE, MDXC for hosting.










    Untuk melihat VE dari Non-US : 

    Untuk log-in acc fcc:
    https://wireless2.fcc.gov/UlsEntry/licManager/login.jsp
    *juga boleh dilihat di qrz.com

    Untuk semakan available callsign:
    http://www.ae7q.com/query/
    *juga boleh dilihat di qrz.com


    Amateur Radio Satellite Booth on Minggu Sains Negara 2018 @ Melaka

    $
    0
    0

    Tarikh : 4hb & 5hb April 2018
    Lokasi : Perpustakaan Negeri Melaka, Bukit Baru Melaka
    Anjuran : Agensi Angkasa Negara & Kerajaan Negeri Melaka

    Pada 4 dan 5 April tempoh hari, saya berkesempatan untuk membantu mendiri gerai atau booth pameran bagi aktiviti komunikasi satelit dalam radio amatur di Perpustakaan Negeri Melaka melalui saluran persatuan MARTS dan kumpulan AMSAT.MY. Ianya bermula apabila Pakdin 9M2DA mendapatkan bantuan saya bagi tujuan berkenaan, juga mendapatkan bantuan rakan-rakan lain setempat yang sudi secara sukarelawan dalam aktiviti ini. Dengan bantuan dari rakan AMSAT.MY iaitu 9W2VRD + 9W2BXN serta setiausaha MARTS iaitu 9M2PRO dan urusetia dari Angkasa Malaysia iaitu Hamka 9W2HVT dan Fairul perancangan aktiviti telah dapat dilakukan. Setelah berbincang dengan 9M2DA serta rakan-rakan lain iaitu 9W2USM, 9W2JOH dan 9W2FRP yang telah berhasrat untuk membantu, beberapa persediaan telah dapat dikenalpasti. 

    Sepanjang 2 (DUA) hari pameran, bermula seawal jam 7.30 pagi team pameran telah sampai ke lokasi dan telah membuat persiapan seperti yang dirancang. Pengisian pameran dibahagikan kepada beberapa tugas utama oleh PIC berikut yang diketuai oleh 9M2DA iaitu:
    - Edaran brochure berkaitan dan video serta penerangan oleh 9M2ESM.
    - Demonsrtasi dan penerangan berkaitan dengan komunikasi satelit dalam radio amatur oleh 9M2DA dan 9W2JOH.
    - Demonstrasi penggunaan SDR radio oleh 9W2FRP dan 9W2USM.
    Team kami dibantu oleh beberapa rakan radio amatur lain yang hadir bagi pemasangan peralatan dan penutupan booth pameran iaitu 9W2USM, 9W2NWE, 9W2VKS, 9W2VBC, 9M2CCC, 9W2VPZ, 9W2MWZ, 9W2LHO, 9W2ZKU dan YF5VTH. 

    Bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang ramai tetamu yang hadir ke booth pameran kami yang kebanyakkannya terdiri daripada pegawai dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pameran, pelajar dan guru sekolah serta orang awam yang membawa anak-anak mereka ke tapak pameran sempena Minggu Sains Negara peringkat negeri Melaka. Di antara mereka, ramai yang ingin mengetahui tentang apakah itu radio amatur dan perkara atau manfaat yang kita perolehi apabila menjalankan aktiviti ini. Terdapat juga orang awam yang bertanyakan cara mendapatkan callsign termasuk dari rakan-rakan agensi RELA yang menjaga lalu-lintas. Bagi pengunjung daripada kalangan pelajar sekolah pula terutama dari sekolah rendah mereka lebih memerlukan penerangan asas tentang sains radio berkaitan dengan frekuensi dan kefungsian satelit. Antara lain ramai rakan radio amatur sekitar Melaka juga hadir memberi sokongan disamping mempelajari berkaitan dengan komunikasi satelit dalam radio amatur antaranya 9W2DUO, 9W2NUZ, 9M2AWL, 9W2YPK, 9W2NVR, 9W2ZKU, 9W2VCY, 9W2AHZ dan beberapa rakan ham radio lagi yang saya lupa callsignya.

    Minggu Sains Negara peringkat Negeri Melaka dirasmikan oleh YB Dato Wira Dr Abu Bakar Md Diah iaitu Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi dengan ucapan yang penuh motivasi berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi yang turut dihadiri oleh ramai VIP lain. Pada kesempatan selama dua hari pameran ini juga, saya sempat melawat dan mendapatkan pelbagai maklumat dari booth pameran lain di antaranya dari ANGKASA Malaysia, SIRIM, MET Malaysia dan dari pelbagai agensi lain termasuk sekolah-sekolah yang ada menghasilkan produk inovasi mereka. Dari ANGKASA Malaysia, pelbagai maklumat penting yang dapat dipelajari tentang satelit atau microsat, antaranya ialah usahasama UiTM dengan ANGKASA Malaysia bersama beberapa agensi luar yang akan melancarkan sebuah microsat pada beberapa bulan akan datang melalui bantuan biro agensi angkasa dari negara Jepun. Dengan harapan Malaysia akan mempunyai sebuah microsat radio amatur mereka sendiri.

    Untuk aktiviti pameran akan datang, beberapa penambahbaikan perjalanan aktiviti boleh dilakukan termasuklah, i- menghasilkan satu model microsat yang mempunyai keupayaan crossband VHF/UHF, jangka suhu, elevation meter dll bagi tujuan demonstrasi, ii- menyediakan buku pelawat bagi tetamu yang hadir, iii- menghasilkan peralatan demo yang berkaitan dengan sains radio dan satelit seperti kesan doppler dll. Terima kasih lagi sekali kepada AMSAT-MY atas sokongan dan penyediaan bunting + banner, MARTS dan semua rakan yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Terima kasih khas buat 9M2JOH dan rakan beliau 9M2CCC dan YF5VTH yang datang dari jauh untuk menjayakan program, semangat ham radio yang terbaik ditunjukkan. Semoga usaha kalian diberkati. 73 de 9M2ESM.


    Sesi perbincangan aktiviti bersama rakan radio amatur Muar termasuk perbincangan awal pameran komunikasi satelit dalam radio amatur bersama 9M2DA.

    Persiapan peralatan komunikasi satelit menggunakan rotator Yaesu G-5500.

    Perbincangan dan minum petang bersama rakan dari Angkasa Malaysia sehari sebelum program bagi tinjauan lokasi. 

    Banner yang disediakan oleh AMSAT.MY. Terima kasih AMSAT.MY

    Jadual perjalanan aktiviti sepanjang 2 hari program.

    Pelajar dari Sek Menengah Tinggi St David Bukit Baru Melaka yang hadir ke booth kami.

    9M2DA memberikan penerangan berkaitan komunikasi satelit dalam radio amatur.

    Bergambar bersama rakan radio amatur sekitar Melaka yang hadir memberi sokongan. Terima kasih diucapkan. Turut bersama Abg Chong 9M2AWL.

    9M2CCC dan YF5VTH membuat persiapan antena pada G-5500. 

     
    Dari kiri 9W2VBC, 9M2DA, 9M2CCC dan 9W2USM. Terima kasih Pakmus 9W2USM antara orang kuat kita dalam pameran ini.

    Gambar bersama rakan radio yang hadir dalam pameran ini termasuk 9W2DUO iaitu Tn Hj Abu Bakar yang juga Pengarah Pelajaran Negeri Melaka.

    Bergambar bersama geng ANGKASA Malaysia. Turut ada bersama 9W2HVT Hamka.

    Cikgu Zahri dan Cikgu Zaidi yang hadir bersama anak-anak murid beliau ke tapak pameran.

    9W2JOH membuat sesi penerangan kepada pelajar sekolah.

    Antara rakan ham yang hadir termasuk Eva 9W2NUZ yang baru memperolehi callsign tapi menunjukkan sokongan yang hebat. Terima kasih Eva.

    Perisian penjejakan satelit yang digunakan oleh 9W2JOH.

    Sesi penerangan kepada pelajar sekolah oleh 9M2ESM.

    Model Cubesat dari ANGKASA Malaysia.

     
    Kehadiran YB Dato Wira Dr Abu Bakar Md Diah ke booth-booth pameran.

    Sesi bergambar setelah tamat aktiviti yang dijalankan. Terima kasih semua.

    Video berkaitan dengan komunikasi radio amatur dengan ISS yang banyak menarik minat pelajar.

    Video persiapan aktiviti pameran yang dirakam oleh 9W2USM. Tq Pakmus.


    Attending JASRA 11th AGM @ UTHM

    $
    0
    0

    Tarikh : 7 April 2018
    Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
    Lokasi : UTHM Parit Raja Batu Pahat Johor

    Pada sabtu yang lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri AGM Jasra yang ke-11. Saya hadir bersama isteri 9W2MLS dan anak ke majlis ini. Saya tiba daftar pada jam 10.30 pagi dan mesyuarat telahpun bermula. Ramai ahli JASRA yang hadir termasuk rakan-rakan dari JASRA Melaka. Bagi saya sepanjang 11 tahun penubuhannya, ianya berkembang dengan baik terutama dengan pelbagai aktiviti dan pengwujudan rumah kelab. 

    Mesyuarat kali ini juga dihadiri oleh rakan-rakan dari MARL termasuklah 9M2RS, 9M2AU, 9M2SQL dan dari Radio Emergency & Drone Squad 9M8MCC Morgan. Selain itu mesyuarat juga dihadiri oleh 9M2TJO dan 9M2NP. Saya berkesempatan bersalaman dan bergambar dengan Pak Tunku buat pertama kalinya setelah lama mengenali callsign beliau. Setelah pemilihan jawatankuasa baru untuk sesi 2018 hingga 2020, 9W2FRP telah mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan ROIP & VOIP dimana beliau menggalakkan pembinaan gateway supaya ada satu rangkaian komunikasi alternatif boleh dibina disamping penggunaan repeater radio amatur yang tersedia ada. Selesai majlis, kami terus ke WARAS bagi melihat pusat komunikasi yang ada di sana dan kemudian makan jamuan makan tengah hari dari JASRA. Terima kasih dan Tahniah JASRA! Insyallah saya akan cuba bantu apa yang termampu untuk JASRA. De 9M2ESM.

    Gambar menunjukkan cenderahati dari pengakap Batu Pahat kepada JASRA yang diserahkan pada 9M2TJO.

    Gambar radio komunikasi yang terdapat di WARAS, UTHM Batu Pahat.

    Gambar ahli JASRA dan tetamu lain yang hadir dalam AGM JASRA.

    Gambar pemandangan luar di pejabat WARAS, UTHM Batu Pahat.


    KEPIMPINAN JASRA SESI 2018 / 2020

    PENAUNG : 9M2TJO
    PENASIHAT : 9M2NP 9M2KN
    PRESIDEN : 9W2HOZ
    TIMBALAN PRESIDEN : 9W2USM
    NAIB PRESIDEN : 9W2JOH
    SETIAUSAHA : 9W2OXY
    PEN. SU : 9W2SYQ
    BENDAHARI : 9W2JHR
    PEN. BENDAHARI : 9W2JJX
    AJK : 9W2LBY, 9W2USC, 9W2ZXT, 9M2ESM & 9W2FRP
    JURUAUDIT : 9W2JCG & 9W2TLX
    PEMEGANG AMANAH : 9W2UDD, 9W2GMI & 9W2RLW

    PENGERUSI PERHUBUNGAN :
    SEGAMAT : 9W2UMA
    MUAR / TANGKAK : 9W2JJX
    BATU PAHAT : 9W2BPC
    KLUANG : 9W2ULX
    JB : 9W2ESA
    MERSING : 9W2CCO
    KULAI : 9W2RSA
    PONTIAN : 9W2DCW
    KOTA TINGGI : 9W2YNZ
    MELAKA : 9W2SFF

    BIRO REPEATER : 
    9M4RLD  - 9W2SGT
    9M4RPL - 9W2UDD
    9M4RJB - 9W2JOH
    9M4RML - 9W2USM
    9M4RJN -  9W2BPC
    9M4RJM - 9W2CCO

    BIRO DISPLIN : 9W2HOZ / 9W2USM / 9W2JOH
    BIRO EDCRT : 9W2JOH / 9W2RSA / 9W2YYY / 9W2EDD / 9W2SSS / 9W2JOC / 9W2LCM
    BIRO KEAHLIAN : 9W2OXY / 9W2SYQ / 9W2EDD
    BIRO PAMERAN : 9W2BPC / 9W2LBY / 9W2TLX / 9W2ZJB / 9W2YYY / 9W2JJX
    BIRO ANTARABANGSA : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2FRP
    BIRO MEDIA DAN SERANTA : 9W2USM / 9W2OXY / 9W2FRP / 9W2UMA
    BIRO JASRA 2M NET : 9W2UMA / 9W2JCG / 9W2TLX / 9W2BPQ / 9W2IGQ
    BIRO KEBAJIKAN : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2SNN
    BIRO QSL MANAGER : 9M2ESM / 9M2NZI
    BIRO LATIHAN : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2SSS / 9W2JOC
    BIRO TEKNIKAL : 9W2USM / 9W2JOH / 9W2FRP / 9W2EDD
    BIRO KEROHANIAN : 9W2LSZ / 9M2UST / 9W2ZXT
    BIRO KOKURIKULUM : 9W2VCY / 9W2DCW / 9W2PHM 
    BIRO GERAK KHAS : 9W2MBJ, 9W2FLW, 9W2DL, 9W2GCC, 9W2SNN

    BIRO CLUBHOUSE : 
    BBU:  9W2JOH / 9W2SSS / 9W2EDD / 9W2YYU
    KLUANG : 9W2ULX / 9W2TYL / 9W2TLX
    BP : 9W2BPC / 9W2LBY
    KT : 9W2YNZ / 9W2DES / 9W2ZXT

    BIRO PENGAJIAN TINGGI :
    UTHM  : 9W2JMR / 9W2IIW / 9W2JOH / 9W2USM / 9W2FRP / 9M2CCC
    UTM : 9W2AME / 9W2JOH / 9W2JOC
    UTeM : 9W2USM / 9W2SFF / 9W2FRP
    UiTM : 9W2SGT
    POLITEKNIK : 9W2RSA / 9W2SFF / 9M2ESM

    Sukarelawan Radio Amatur @ Perkhemahan Pandu Puteri & Jambori Pengakap MRSM Zon Selatan 2018

    $
    0
    0
      
    Pada 21hb April 2018 yang lalu, saya bersama team dari Persatuan Radio Amatur Muar Johor berkesempatan mengambil bahagian sebagai sukarelawan radio amatur bagi menjalankan aktiviti pameran dan yang berkaitan dengan radio amatur sempena Perkhemahan Pandu Puteri & Jambori Pengakap MRSM Zon Selatan 2018.

    Alhamdulillah, kita menerima jemputan berkenaan agak awal dan beberapa persiapan dapat dikenalpasti. Pada awalnya kami merancang untuk menjalan 4 aktiviti yang dibahagikan kepada 4 team kecil iaitu:

    Lokasi 1 : Sudat pameran dan komunikasi VHF - 9M4PMC
    Lokasi 2 : Komunikasi VHF - 9M4CMR
    Lokasi 3 : Kod Morse dan Phonetik.
    Lokasi 4 : Ceramah penerangan asas berkaitan radio amatur.

    Berikut adalah team yang hadir dalam aktiviti ini: 9M2DA (ketua), 9M2ESM, 9W2ZZS, 9W2LMC, 9W2DAF, 9W2MLS, 9W2URM, 9W2CPJ, 9W2JRH dan 9W2JBU. Berdasarkan tentatif yang diberikan, aktiviti bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seawal jam 7.30 pagi, kami telah hadir untuk persiapan tempat sebelum jam 9.00 pagi. Dianggarkan seramai 100 lebih orang pelajar yang hadir pada perkhemahan ini. Berdasarkan suasana dan persekitaran yang ada, kami bahagikan team kepada dua iaitu Lokasi 1,3 dan 4 di tempat perkhemahan pengakap dan Lokasi 2 di perkhemahan pandu puteri. 


    Sepanjang perjalanan aktiviti pelajar didedahkan tentang radio amatur dan mencuba komunikasi dan menunjukkan minat. Kami tamatkan aktiviti kami pada jam 1.45 petang. Terima kasih pada semua yang hadir memberi sokongan dan terima kasih serta tahniah pada MRSM Muar selaku penganjur. Tak lupa pada Cikgu Azlan dari MRSM Muar yang banyak berhubung dengan kami bagi menjayakan aktiviti dari radio amatur, terima kasih diucapkan. 73 De 9M2ESM.
















    9M2ESM Eyeball @ April 2018

    $
    0
    0
    9M2ESM @ Aktiviti eyeball sekitar bulan April 2018

    24/04/2018
    Eyeball ziarah dan berkenalan dengan Mizal 9W2VMC di Bemban Jasin, turut bersama 9W2USM dan 9W2FRP

    22/04/2018
    Eyeball di Bukit Katil bersama 9W2USM dan harmonik kepada 9M2ELY. Banyak perkara yang dibincangkan terutama aktiviti mendatang dan MARL.

    5/04/2018
    Eyeball bersama rakan2 selepas program Minggu Sains Negara Peringkat Melaka 2018 di Kg Duyung Melaka


    12/04/2018
    Eyeball bagi tandatangan 9M2 untuk Dr Firdaus dan isteri dari Segamat. Turut ada bersama 9M2DA dan 9W2URM.

    15/03/2018
    Membawa 9M2FX ke Jabatan Pesakit Luar Hospital Sultanah Fatimah bagi membuka jahitan di beliau.

    15/03/2018
    Eyeball di rumah 9M2FX dan 9W2MOY selepas pulang membawa 9M2FX ke hospital.

    7/04/2018
    Eyeball di Jalan Khalidi bersama 9M2FX, 9W2DAF dan 9W2FYX selepas membawa Pak Kamal cuci luka beliau di Klinik 1Malaysia dekat Jalan Temenggong Ahmad Muar.

    29/03/2018
    Eyeball di Warung Hj Salleh bersama 9M2DA, 9W2RDC, 9W2FYX, 9W2JRH, 9W2ZZS, 9W2DAF dan 9W2CPJ bagi membincangkan aktiviti mendatang juga siapkan borang callsign untuk harmonic 9W2RDC iaitu Naim.

    MARS 2nd AGM 2018

    $
    0
    0
    Tarikh : 1 Mei 2018
    Masa : 9.00 pagi - 2.15 petang
    Tempat : Balai Raya Komuniti Sabak Awor, Muar Johor

    Pada hari pekerja iaitu 1 Mei 2018 yang lalu, MARS telahpun melaksanakan AGM kali ke-2 yang telah dihadiri seramai 26 orang ahli semasa termasuk beberapa ahli baru. Persatuan yang mula ditubuhkan pada 2016 secara umumnya telah berjaya meningkatkan jumlah keahlian walaupun agak kurang aktif dengan aktiviti radio amatur sepanjang 2017.

    Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi bagi pendaftaran kehadiran ahli dan mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi. Majlis kemudiannya ditangguh pada jam 12.00 tengah hari dengan ketibaan En. Mohd Radzi Bin Hj Md Amin untuk merasmikan AGM ini seterusnya pentauliahan beliau selaku penaung persatuan. Seterusnya majlis diteruskan dengan pengundian Jawatankuasa baru bagi sesi 2018-2020 dimana lebih 50% ahli dalam Jawatankuasa lama dikekalkan. Ucapan tahniah pada Jawatankuasa baru. Majlis kemudiannya tamat pada jam 1.45 petang dan semua ahli mula bersurai dalam jam 2.15 petang setelah secara bersama untuk sesi mengemas lokasi mensyuarat. Terima kasih pada semua ahli yang hadir dalam AGM kali ini, semoga akan datang lagi ramai yang hadir. 73 dari S/U MARS.


    Senarai Jawatankuasa baru untuk sesi 2018-2020

    Penaung En Mohd Radzi Bin Hj Md Amin memberi ucapan beliau.

    Penyampaian tauliah perlantikan sebagai penaung persatuan oleh 9M2DA dan 9W2LMC.

    Gambar sebahagian ahli yang hadir sewaktu AGM

    Gambar sebahagian ahli yang hadir sewaktu AGM

    Penyampaian khairat kematian sumbangan rakan2 pada 9W2KKH kerana kehilangan ibunda tercinta beliau.

    Antara penerima sijil penghargaan atas sumbangan sewaktu aktiviti pameran di MRSM Muar yang lalu.

    CSR @ FX Base by MARS

    $
    0
    0
    Tarikh : 12/05/2018
    Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
    Tempat : 9M2FX Base

    Pada 12hb Mei tempoh hari Persatuan Radio Amatur Muar telah berkesempatan membuat program CSR bagi membantu membersihkan halaman rumah 9M2FX yang dibantu oleh ahli-ahli persatuan radio amatur dari Muar. Ramai rakan yang terlibat termasuklah bantuan dari segi kewangan, moral dan tenaga kerja. Menjelang puasa dan raya yang bakal tiba, pihak persatuan berbesar hati membantu rakan lama dalam meringankan beban beliau dalam mengemas halaman rumahnya. 9M2FX kini yang berusia lebih dari 80 tahun merupakan salah satu rakan ham Malaysia yang telah lama berkecimpung dalam dunia radio amatur dan mempunyai callsign sejak sebelum kemerdekaan Malaysia lagi dengan callsign VS2FX. Selain beliau terdapat beberapa lagi rakan ham pemegang VS2 yang masih hidup termasuk VS2FO, VS2FI dan VS2GA. Terbaru dengan pemergian VS2FK. Selain itu terdapat seorang bekas VS2 awal yang masih hidup dan menetap di Australia. Terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh semua pihak. Kami berharap program seumpama ini akan diteruskan pada masa-masa mendatang. Terima kasih lagi sekali. de 9M2ESM.












    Viewing all 97 articles
    Browse latest View live